ROTTERDAM, 14 April- Atlet Belanda Adbi Nageeye yang juga pemenang pingat perak Olimpik, memenangi Maraton Rotterdam pada Ahad, sekali gus memperbaiki rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan kelebihan 11 saat.
Nageeye kelahiran Somalia mencatat masa 2 jam 04.45 minit, menamatkan perlumbaan lima saat di hadapan Amedework Walelegn dari Ethiopia, manakala Birhanu Legese, juga dari Ethiopia, ketiga.
Sementara itu dalam perlumbaan wanita, Ashete Bekere dari Ethiopia, muncul juara dengan catatan masa kemenangan 2 jam 19 minit 3 saat.
Manakala dua lagi pelari Kenya Viola Kibiwot dan Selly Chepyego Kaptich masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.