fb fb fb fb fb

Jin Wei tundukkan Afrika Selatan, bakal berdepan Korea Selatan

Goh Jin Wei

PARIS, 29 Julai- Perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei menampilkan aksi cemerlang biarpun ia merupakan pentas sulung dalam olimpik dengan menundukkan pemain dari Afrika Selatan Johanita Scholtz dalam kumpulan H, hari ini

Jin Wei selaku pemain nombor 32 dunia memulakan kemunculan pertama pada Olimpik Paris 2024 dengan langkah kanan namun berdepan kesukaran pada set pertama.

Dia kerap melakukan kesilapan dan hampir dikejutkan pemain pada kedudukan ke-100 dunia Johanita sebelum menang 23-21.

Tidak mudah mengalah, Jin Wei mengatur corak perlawanan pada set kedua.

Jin Wei kelihatan semakin selesa dalam gelanggang di La Chapelle Arena dan berjaya mengawal permainan untuk memang mudah dengan 21-11.

"...pada set pertama memang sangat tegang. Ini juga merupakan penampilan sulung saya dan masih cuba untuk mengadaptasi keadaan di sini.

"...dan saya akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam perlawanan seterusnya yang akan berdepan dengan korea Selatan. Saya akan fokus dan menumpukan perhatian," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Untuk perlawanan seterusnya Jin Wei akan berdepan dengan pemain nombor tujuh dunia dari Korea Selatan Kim Ga Eun bagi menentukan juara kumpulan sebelum ke pusingan seterusnya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI