fb fb fb fb fb

Azeem Fahmi sedia pamer prestasi cemerlang di Olimpik Paris 2024

Foto RTM

SEPANG, 29 Julai- Atlet pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi optimis akan mempamerkan prestasi cemerlang pada kemunculan pertamanya di temasya Olimpik Paris 2024 itu.

Atlet berusia 20 tahun itu sudah bersedia bagi memberikan saingan hebat dalam acara 100 meter.

"Saya rasa saya berhak dan layak untuk ada dekat sini. Jadi, saya rasa saya perlu yakin dengan diri saya. Insya-allah, itu saya akan cuba lakukan tetapi seperti yang kita tahu, untuk sukan olahraga ini macam-macam perkara boleh berlaku pada hari perlumbaan."

"Jadi, saya akan buat yang terbaik bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk negara," kata Azeem kepada pemberita di KLIA sebelum berlepas ke Paris.

Saingan olahraga akan bermula 1 Ogos ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM