SEOUL, 28 November - Korea Selatan dan Jepun sedang menimbang untuk mengemukakan bidaan sebagai tuan rumah bersama Piala Asia 2035, selepas kali terakhir bekerjasama menganjurkan Piala Dunia 2002.
Pegawai Persatuan Bola Sepak Korea berkata, pihaknya sedang menilai beberapa pilihan, dan penganjuran bersama Jepun antara pilihan yang sedang dipertimbangkan.
Beliau berkata perbincangan masih di peringkat awal dan apa-apa keputusan hanya boleh dibuat selepas mendapat kelulusan kerajaan kedua-dua negara.
Persatuan Bola Sepak Jepun setakat ini belum mengulas perkara tersebut.
Konfederasi Bola Sepak Asia dijangka mengumumkan tuan rumah bagi edisi 2031 dan 2035 serentak pada 2027.
Korea Selatan kali terakhir menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 1960, manakala Jepun pada 1992, sementara Arab Saudi dijadual menganjurkan edisi 2027. - AFP