TEHRAN, 28 November - Iran akan memboikot majlis pengundian akhir Piala Dunia 2026 di Washington, minggu depan.
Jurucakap Persekutuan Bola Sepak Iran, Amir Mahdi Alavi berkata, ia susulan keengganan Amerika Syarikat (AS) meluluskan visa kepada beberapa anggota delegasi Iran.
"Kami telah memaklumkan kepada FIFA bahawa keputusan itu tiada kaitan dengan sukan dan anggota delegasi Iran tidak akan mengambil bahagian dalam pengundian Piala Dunia," katanya.
Laman web Varzesh 3 pada Selasa melaporkan AS menolak untuk mengeluarkan visa kepada beberapa wakil Iran termasuk Presiden persekutuan bola sepaknya, Mehdi Taj.
Pada Khamis, Taj menyifatkan sebagai keputusan AS itu sebagai bermotifkan politik.
Majlis undian rasmi Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Washington pada 5 Disember ini.
Edisi Piala Dunia 2026 akan dianjurkan bersama-sama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. - AFP