fb fb fb fb fb

Kualiti air Sungai Seine terjejas, latihan atlet triatlon Olimpik dibatalkan

Foto Reuters

PARIS, 29 Julai- Sesi latihan renang untuk atlet triatlon Olimpik di Sungai Seine telah dibatalkan buat kali kedua kerana kualiti air yang rendah.

Sesi latihan renang pertama dibatalkan pada Ahad.

Hanya sesi latihan larian dan berbasikal yang akan berlangsung di laluan triatlon.

Ujian air dijalankan pada Ahad tidak memberikan jaminan diperlukan badan induk triatlon.

Penganjur Olimpik dan Triatlon Dunia memaklumkan, mereka "yakin" kualiti air akan kembali berada dalam had yang dibenarkan sebelum bermulanya pertandingan triatlon.

Pertandingan sebenar akan diadakan pada Selasa bagi individu lelaki manakala individu wanita Rabu. 

Renang air terbuka/maraton akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM