fb fb fb fb fb

Jerman juara Kejohanan Bola Keranjang Eropah

Foto https://www.deutschland.de

FRANKFURT, 16 September – Pasukan bola keranjang Jerman tiba di sini pada Isnin untuk diraikan selepas meraih kejuaraan Bola Keranjang Eropah dengan kemenangan 88-83 ke atas Turki pada Ahad.

Kemenangan berkenaan merupakan kejayaan kedua selepas kali pertama pada tahun 1993.

Dennis Schroeder, menjadi wira apabila menyempurnakan jaringan penting pada saat akhir sebelum menambah dua lontaran percuma bagi memastikan kemenangan.

Turki mendahului enam mata pada separuh masa pertama, namun kelebihan itu segera dipadam sebaik babak ketiga bermula.

Alperen Sengun dan Cedi Osman cuba menghidupkan semula cabaran Turki di suku keempat, namun kesilapan oleh Sengun memberi ruang kepada Jerman untuk kembali berada di hadapan.

Schroeder kemudian menutup perlawanan dengan jaringan ‘lay up’ dan ‘pull-up jumper’ ketika permainan berbaki 19 saat, sebelum menamatkan perlawanan di garisan lontaran percuma.

Dalam aksi penentuan tempat ketiga, Greece hampir dikejutkan Finland selepas hampir mensia-siakan kelebihan 15 mata, namun akhirnya menang 92-89 untuk meraih gangsa. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD