fb fb fb fb fb

Arteta yakin skuad mantap Arsenal mampu tembusi sejarah UCL

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta / REUTERS

LONDON, 16 September - Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mahu menjadikan kekecewaan tersingkir di separuh akhir Liga Juara Eropah musim lalu sebagai pengajaran untuk mengubah sejarah kelab dalam saingan elit Eropah itu.

Arsenal tewas kepada juara bertahan Paris Saint-Germain, sekali gus menamatkan harapan mereka memburu trofi berprestij Eropah buat pertama kali.

"Perjalanan ini akan menjadi sangat panjang. Dalam saingan seperti ini, jurangnya terlalu kecil dan kita mesti berada pada tahap terbaik sejak hari pertama untuk memberi peluang terbaik buat diri kita," katanya dalam satu sidang media.

Pencapaian terbaik The Gunners sebelum ini hanyalah muncul naib juara pada 2006 selepas tewas kepada Barcelona.

Namun, dengan barisan pemain lebih mantap musim ini termasuk kemasukan Viktor Gyokeres, Martin Zubimendi, Eberechi Eze dan Noni Madueke, Arteta yakin peluang lebih cerah untuk melakar kejayaan.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE