TOKYO, 16 September - Juara Olimpik 1,500 meter dari Amerika Syarikat, Cole Hocker dibatalkan penyertaannya pada Kejohanan Dunia selepas didapati melanggar pelari lain ketika saingan separuh akhir di garisan penamat.
Hocker yang ketika itu terperangkap di bahagian dalam trek melihat ruang kecil terbuka lalu nekad menyusup di antara dua pelari lawan dengan menggunakan bahu sebelum mara ke tempat kedua untuk layak ke final.
Selepas perlumbaan, Hocker mengakui dia cuba bertenang dan bergantung kepada naluri ketika berada dalam situasi sukar itu.
Namun, tindakannya dianggap kesalahan teknikal dan rayuan pasukan Amerika Syarikat turut ditolak penganjur.-REUTERS
