fb fb fb fb fb

Jepun kembali jadi tuan rumah Kejuaraan Rali Dunia setelah 12 tahun penganjuran

Foto FB WRC

BANDAR TOYOTA, 10 November- Kejuaraan Rali Dunia kembali semula ke Jepun buat kali pertama selepas kali terakhir dianjurkan 12 tahun lalu.

Lebih menarik, ia juga merupakan perlumbaan penutup bagi saingan musim 2022.

Kesemua pasukan telah pun memulakan aksi pusingan 'shakedown' yang berlangsung di kepulauan Honshu.

Bagaimanapun, kejuaraan dunia bagi kategori pemandu dan pengeluar jentera telah pun diputuskan ketika saingan di New Zealand bulan lalu.

Pemandu Finland, Kalle Rovanpera dinobatkan juara kategori pemandu manakala pasukan Toyota merangkul gelaran kategori pengeluar jentera musim ini.

Saingan penutup musim ini juga diadakan berhampiran dengan Toyota City sekali gus menyaksikan pengeluar dari Jepun itu pastinya mahu mencatat kejayaan di laman sendiri.

Ketika ini, tiga pemandunya, Sebastien Ogier, Elfyn Evans dan Rovanpera mengungguli catatan masa saingan 'shakedown' pagi tadi.-REUTERS


(Foto FB WRC)

Media Baharu