fb fb fb fb fb

Bergelut isu kecergasan, Sonny tetap ke Piala Dunia

FOTO AFP

SEOUL, 10 November- Bintang bola sepak Korea Selatan, Son Heung-min dilaporkan berpeluang untuk beraksi pada Piala Dunia Qatar 2022.

Menurut jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento, kaptennya itu kini dalam fasa pemulihan kecergasan untuk tersenarai dalam kesebelasan utama bagi menghadapi saingan pertama di Qatar.

Penyerang Tottenham Hotspurs itu sebelum ini telah selamat menjalani pembedahan soket mata susulan kecederaan yang dialami ketika menentang Marseille dalam aksi Liga Juara-Juara sembilan hari lalu.

"Beraksi pada piala dunia adalah impian saya sejak kecil. Saya sangat teruja untuk mewakili negara indah, Korea Selatan," tulis Son dalam entri Instagramnya.

Bento enggan mengulas lanjut berhubung kebimbangan Son terlepas piala dunia, sebaliknya fokus dalam mempersiapkan pasukan menentang Uruguay bagi aksi sulung pada 24 November.

"Sudah tentu dia akan dipilih. Son harus diberi masa yang cukup untuk pulih sebaik mungkin.

"Mengenai aspek lain, kita harus menyemak dan menganalisis hari demi hari."

"Biar dia datang. Kami mempunyai masa untuk membuat keputusan yang betul dan keputusan yang terbaik untuk kita semua," kata Bento kepada wartawan.


(Ketua Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento/AFP)

Tambah Bento, beliau memahami situasi dialami Son dan percaya pemain itu akan bangkit untuk kembali beraksi secepat mungkin.

"Sepanjang fasa pemulihan, Sonny menunjukkan hasrat dan kemahuan serta keinginan untuk datang dan bermain dengan pasukan kebangsaan."

"Ini soal masa depan dan ia adalah masa depan yang jauh," tambah Bento.

Korea Selatan diundi dalam Kumpulan H bersama Portugal, Ghana dan Uruguay.

Korea akan berdepan Uruguay pada 24 November, Ghana pada 28 November dan Portugal pada 2 Disember 2022.-AFP


 

Media Baharu