fb fb fb fb fb

Varane dan Giroud lengkapkan senarai skuad Perancis

FOTO AFP

PARIS, 10 November - Raphael Varane dan Oliver Giroud dipanggil untuk menyertai skuad Perancis bagi menghadapi Piala Dunia Qatar 2022.

Menurut Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, Perancis akan membariskan 25 pemain terbaiknya dalam usaha mempertahankan takhta selaku juara dunia untuk edisi kali ini.

Khidmat tonggak utama dalam skuad 2018 Perancis kembali membina keserasian termasuk Hugo Lloris, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

Tambah Deschamps, keutamaannya adalah untuk membentuk satu pasukan yang kuat bagi berdepan saingan kali ini.

"Anda tahu malam ini, saya membuat sesetengah orang tidak berpuas hati. Saya amat menyedari perkara itu.

Saya menggembirakan 25 pemain tetapi mereka semuanya mahu berada dalam kesebelasan utama. Namun, ia tidak mungkin, tetapi kekuatan kumpulan adalah fokus utama saya," kata Deschamps kepada TF1.


(Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deschamps/AFP)

Sementara itu, pemenang anugerah Ballon d'Or, Karim Benzema juga bakal tampil dalam piala dunia tahun ini selepas dibekukan Perancis sejak 2014 susulan skandal pemerasan rakaman pita seks bersama rakan sepasukan, Mathieu Valbuena.

Penyerang AC Milan, Oliver Giroud turut mengakui kelibatnya dalam skuad kebangsaan sering dibayangi oleh penyerang Real Madrid itu meskipun pencapaiannya mampu menyamai rekod gol pemain legenda Perancis, Thierry Henry sebanyak 51 gol.

Pemain pilihan utama, Paul Pogba dan juga N'Golo Kante tidak tersenarai dalam skuad Perancis sekali gus tugas mengemudi jentera perancang bakal digalas Aurelien Tchouameni dan Adrien Rabiot.

Mereka akan disokong oleh Youssouf Fofana dari Monaco, Eduardo Camavinga dari Real Madrid dan duo Marseille, Jordan Veretout dan Matteo Guendouzi.-AFP

 

Media Baharu