(Song Min-kyu (kanan) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pada separuh masa
pertama semasa perlawanan bola sepak pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC/AFP)
SAITAMA, 18 Ogos- Kim Jin-gyu menjaringkan gol kemenangan pada penghujung masa tambahan untuk membawa kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors ke suku akhir Liga Juara Asia dengan kemenangan 2-1 menewaskan kelab senegara, Daegu FC.
Pemain gantian Kim menolak masuk bola ke gawang lawan pada minit ke-121 untuk memastikan kemenangan buat juara dua kali itu.
Song Min-kyu meletakkan Jeonbuk di hadapan pada permulaan separuh masa kedua sebelum pemain Brazil, Zeca menyamakan kedudukan untuk Daegu 10 minit kemudian dengan gol ketujuhnya dalam pertandingan itu.
(Kim Jeng-yu menjaringkan gol kemenangan/AFP)
Daegu memperoleh beberapa peluang untuk memenangi permainan dalam masa 90 minit namun gagal memanfaatkannya.
Sepakan pemain Jeonbuk, Lee Seung-gi dan ketua pasukan, Kim Jin-su pula menggegarkan tiang pada masa tambahan berlangsung.
Kim Jin-gyu akhirnya berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan masa tambahan. -AFP