fb fb fb fb fb

Liga Juara-Juara Asia: JDT buat penampilan sulung dalam pusingan 16 terbaik

(FOTO FB JOHOR SOUTHERN TIGERS)

KUALA LUMPUR, 18 Ogos - Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membuat penampilan sulung dalam pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila mereka menentang bekas juara, Urawa Reds dari Jepun esok.

Ini merupakan kali pertama kelab Malaysia bersaing di peringkat pusingan akhir berkenaan.

JDT mengungguli Kumpulan I yang terdiri daripada Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai dan Guangzhou untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Harimau Selatan itu merekodkan empat kemenangan, satu seri dan tewas sekali pada aksi peringkat kumpulan tersebut.


(Foto FB JOHOT Southern Tigers)

Walaupun turun sebagai pasukan bukan pilihan, ia bukan halangan untuk JDT mencipta kejutan berdepan pasukan juara Asia dua kali itu.

Diharapkan pasukan di bawah kendalian Hector Bidoglio itu mampu memberikan aksi terbaik menentang kelab Jepun yang memiliki reputasi tinggi terutama pernah muncul juara ACL pada tahun 2007 dan 2017.

JDT mencipta sejarah melangkah ke pusingan kalah mati saingan tertinggi kelab Asia itu selepas muncul juara Kumpulan I dengan menyingkirkan pasukan besar termasuk Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.

Media Baharu