fb fb fb fb fb

Lebih 2.4 juta tiket Piala Dunia 2022 telah terjual

(Foto trofi Piala Dunia menghiasi bangunan di Doha/AFP)

DOHA, 18 Ogos- Sebanyak 2.45 juta tiket Piala Dunia Qatar 2022 telah terjual selepas lebih setengah juta dibeli dalam tempoh jualan terkini, penganjur mengumumkan.

Badan induk bola sepak dunia FIFA berkata bahawa 520,532 tiket telah dijual dalam tempoh 5 Julai hingga Ogos, dengan Qatar, Amerika Syarikat, England, Arab Saudi, Mexico, Emiriah Arab Bersatu, Perancis, Argentina, Brazil dan Jerman mendahului senarai pembeli terbanyak.

FIFA menyatakan bahawa tiket paling laris adalah bagi perlawanan peringat kumpulan, Brazil menentang Cameroon dan Serbia, pertemuan Portugal dengan Uruguay, pertembungan Costa Rica dengan Jerman dan Australia menentang Denmark.

Secara keseluruhan, terdapat 3,010,679 tiket disediakan dengan tempoh jualan "saat-saat akhir" akan dibuka menjelang permulaan kejohanan pada tarikh yang masih belum disahkan.


(Harga tiket perlawanan mengikut pasukan/FIFA.COM)

Lebih sejuta pelawat dijangka mengunjungi Qatar negara Teluk kecil dengan 2.8 juta penduduk untuk Piala Dunia pertama di Asia Barat.

Minggu lalu penganjur mengumumkan bahawa pertandingan itu akan bermula sehari lebih awal daripada yang dirancang, pada 20 November, dengan Qatar menentang Ecuador dalam perlawanan pertama. -AFP

(Harga tiket perlawanan mengikut individu/FIFA.COM)

Media Baharu