fb fb fb fb fb

Jelajah Malaysia 2023 kembali dianjurkan selepas tertunda hampir lima tahun

MELAKA, 7 Januari- Selepas tertangguh hampir lima tahun, Jelajah Malaysia edisi ke-54 akan kembali dianjurkan pada 26 Februari hingga 2 Mac 2023 ini.

Menurut Presiden Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab, kali terakhir jelajah itu diadakan adalah pada 2017 setelah beberapa kali ditunda akibat penularan wabak COVID-19.

(Datuk Abu Samah Abd Wahab)

Jelas beliau, pada penganjuran kali ini, 20 pasukan akan menyertai perlumbaan termasuk dari Jepun, Uzbekistan, Maghribi, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan Indonesia.

"Sebagai pemilik acara, PKBM adalah pemilik acara dalam Jelajah Malaysia begitu juga Le Tour de Langkawi, jadi apa yang kita harapkan perkara ini atau kejohanan ini dapat diteruskan tiap-tiap tahun.

"Ini supaya, rasa saya dapat kita ketengahkan pelumba-pelumba kita berkayuh dengan pelumba antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jelajah Malaysia edisi ke-54, di sini hari ini.

Media Baharu