fb fb fb fb fb

Harimau Malaya tewaskan Gajah Perang, 1-0

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Malaysia menamatkan aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 dengan kemenangan 1-0 menewaskan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Keputusan itu sekali gus membolehkan Harimau Malaya meraih sedikit kelebihan sewaktu berkunjung ke Bangkok bagi aksi timbal balik Selasa ini.

Dalam perlawanan tersebut skuad bimbingan Kim Pan Gon bermula dengan baik di hadapan lebih 50,000 penyokong Harimau Malaya.

Malaysia tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan apabila penyerang, Faisal Halim bijak memanfaatkan peluang terhidang untuk meledak gol buat Harimau Malaya pada minit ke-11.

Gol awal itu memberi tekanan kepada Thailand yang terus melancarkan serangan namun pertahanan skuad kebangsaan berjaya mematahkan beberapa percubaan tepat skuad Gajah Perang.

Harimau Malaya sekali lagi mencipta sensasi apabila mendapat gol kedua pada minit ke-55 hasil tandukan Darren Lok namun jaringan itu tidak kekal lama apabila dibatalkan oleh pengadil, Kim Dae Yong kerana didakwa berlaku kekasaran terhadap pemain Thailand.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat permainan.

(Faisal Halim berjaya meledak gol pada minit ke-11)

Media Baharu