fb fb fb fb fb

Jelajah Malaysia 2023, peluang pelumba tempatan buktikan kemampuan

MELAKA, 7 Januari- Jelajah Malaysia edisi ke-54 akan menjadi platform mencungkil bakat baharu buat skuad kebangsaan bagi persiapan menghadapi Sukan Sea 2023, Mei ini.

Menurut Jurulatih Basikal Kebangsaan, Mohd Yusof Abdul Nasir aksi Jelajah Malaysia juga akan menjadi medan menilai prestasi pelumba lain terutama dari Indonesia dan Thailand.

"Sukan Sea, untuk jelajah ini kita dapat memantaulah perkembangan pelumba lain juga dari Thailand, Indonesia. Mereka adalah pelumba-pelumba yang akan bersaing dalam Sukan Sea.

"Jadi daripada situ kita dapat menilai kemampuan mereka dan kemampuan pelumba kita kerana untuk Sukan Sea, untuk pasukan Malaysia tidak ada masalah kerana sudah diberi slot kepada TSG dan Sapura. Jadi Sapura dan TSG akan galas acara masing-masing pada saya dekat Jelajah Malaysia inilah nak menilai balik siapakah yang layak untuk ke Sukan Sea," katanya.

(Mohd Yusof Abdul Nasir)

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Jelajah Malaysia ke-54 di sebuah hotel, di sini hari ini.

Tambah Mohd Yusof, sekiranya wakil negara yang menyertai Jelajah Malaysia menunjukkan momentum positif maka tidak mustahil nama mereka akan disenarai dalam skuad kebangsaan bagi Sukan Sea 2023.

Media Baharu