fb fb fb fb fb

Jelajah Dunia Akhir BWF: Dua beregu kandas, Rexy kecewa

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky/ FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky kesal dengan prestasi ditampilkan dua wakil beregu negara yang terkandas seawal saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung di di Hangzhou, China.

Menurut Rexy, gandingan lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mempamerkan permainan di bawah tahap sebenar.

"Permulaan yang perlahan dan terlalu bertahan dalam permainan. Tiada perubahan dalam permainan.

"Sebagai contoh, permainan yang ditampilkan Tang Jie dan Ee Wei bermain dengan teruk pada perlawanan pertama. Tiada idea dan tidak bermain sebagai gandingan", kata Rexy di sini.

Pasangan Aaron-Wooi Yik mengakhiri saingan di Hangzhou, China di kedudukan tercorot kumpulan A selepas tewas dalam semua perlawanan.

Manakala nasib sama turut dialami pasangan Tang Jie-Ee Wei yang turut berada di kedudukan tercorot meskipun berjaya menang aksi kedua kumpulan A.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD