fb fb fb fb fb

MAKAF rancang buka akademi, cungkil bakat baharu

Presiden MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad, FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) menyasarkan untuk membuka akademi di enam zon seluruh negara bagi meneroka bakat baharu sukan berkenaan tahun depan.

Menurut Presiden MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad, satu perbincangan akan diadakan bersama Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Kementerian Pendidikan bagi menjayakan hasrat tersebut.

"Kita merancang bagi membina Akademi MAKAF melibatkan enam zon bermula di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan Sarawak.

"Kita akan bekerjasama dengan Institut Sukan Negara, MSN serta KPM", katanya selepas majlis pembukaan Kejohanan Karate Kadet, Remaja dan Bawah 21 Kebangsaan MAKAF 2023 di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD