fb fb fb fb fb

JDT umum ikat pemain tengah Ager Aketze

Foto Facebook Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU, 1 September - Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kemasukan pemain tengah dari Sepanyol, Ager Aketxe bagi memperkuat skuad Harimau Selatan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini selepas perpindahan perancang tengah Real Zaragoza berusia 31 tahun itu dimuktamadkan sejam sebelum jendela pendaftaran pertama Liga-M ditutup tengah malam tadi.

“Selamat datang ke Home of The Southern Tigers, Ager,” menurut kenyataan tersebut.

Sepanjang bersama Zaragoza, Aketxe telah beraksi dalam 38 perlawanan dengan meledak dua gol selain mencatat tiga bantuan jaringan.

Sementara itu, JDT turut menandatangani bek kanan dari Sepanyol, Raul Parra Artal, yang sebelum ini beraksi bersama kelab Portugal, GD Estoril Praira.

JDT ketika ini di bawah kendalian Xisco Munoz berada di kedudukan teratas Liga Super selepas mereka merekodkan kemenangan bersih dalam empat perlawanan awal. -BERNAMA

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN