JOHOR BAHRU, 6 Julai - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan jenamanya sebagai kelab berprestij di Malaysia menerusi pelancaran JDT Fans Token.
JDT Fans Token diadakan bagi menghargai pandangan serta pendapat peminat yang sentiasa menyokong kelab tersebut sejak awal penubuhannya, 10 tahun lalu.
Ketua Unit Komersil Kelab Bola Sepak JDT, Kevin Ramalingam berkata, Fans Token tersebut sebagai alternatif dan aset digital yang membolehkan penyokong mengakses undian kelab, ramalan gol termasuk ganjaran seperti barangan cendera hati dan lain-lain.
Katanya, hubungan kelab JDT dengan peminat akan menjadi lebih erat, malah membuktikan kelab itu setaraf dengan kelab-kelab antarabangsa lain yang memiliki fans token.
"Buat masa ni token ni pada edisi pertama berharga 1 dollar USD sahaja jadi mungkin dalam rm4 lebih je so bukan satu benda yang beratusan yang fans kita tak mampu kita memastikan benda tu wujud tapi ia adalah satu benda yang pada masa akan datang mungkin ia akan jadi benda yang valuable," kata Kevin, di sini.
(FOTO FAIL/BERNAMA)
Fans Token ini boleh dipindah milik dan dijual kepada penyokong lain yang berminat pada masa akan datang.
Buat permulaan sebanyak 50,000 token akan dijual.