fb fb fb fb fb

50 pasukan bersaing dalam Kejuaraan Ragbi 7s Kebangsaan

(FOTO FB Malaysia Rugby)

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Sebanyak 50 pasukan akan bersaing dalam Kejuaraan Ragbi Tujuh Sebelah (7s) Kebangsaan yang bakal berlangsung di Ipoh, Perak pada 21 hingga 23 Julai ini.

Menurut Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Jalil, kejuaraan kali ini melibatkan 800 pemain dan pegawai berlangsung di dua venue di Stadium Ragbi Perak dan Kem Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Seperti edisi tahun lalu, mengekalkan empat kategori yang akan dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka (15 pasukan), Wanita Terbuka (10 pasukan), Lelaki Bawah 20 Tahun (14 pasukan) dan Wanita Bawah 20 Tahun (11 pasukan).

“Format kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini akan dijalankan dalam dua pusingan iaitu pusingan awal bagi peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati untuk peringkat suku akhir ke atas.

Tambah Fahmy, penganjuran kejohanan bakal menyediakan platform kepada pasukan untuk memperoleh peluang beraksi secara lebih kompetitif di peringkat tertinggi.

“KRM berharap penganjuran pada tahun ini menjadi serampang dua mata untuk melahirkan bakat - bakat baharu yang berpotensi dan sebagai medan pemilihan pemain ragbi wanita untuk pasukan tujuh sebelah kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Siri Asia 2023 nanti,” katanya pada Selasa.


(Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Jalil)

KRM memperuntukkan geran RM 1,000 kepada setiap pasukan bertanding dan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan badan induk itu untuk geran tersebut adalah sebanyak RM50,000.

Untuk wang hadiah kemenangan pula KRM menyediakan hampir RM 30,000 kepada para pemenang.

Media Baharu