fb fb fb fb fb

Le Roux sertai Bulls

(Willie le Roux)

JOHANNESBURG, 5 Julai- Pemain pertahanan Springboks, Willie le Roux telah menyertai Bulls dengan kontrak tiga tahun selepas menghabiskan empat musim bersama kelab Jepun Toyota Verblitz.

Perkara itu kelab tersebut pada Selasa tiga jam selepas Le Roux disenaraikan dalam pasukan Afrika Selatan untuk aksi menentang Australia Sabtu ini.

Le Roux akan meraih cap ke-84 pada hujung minggu dan berkemungkinan akan dimasukkan dalam skuad Springbok 33 pemain untuk mempertahankan trofi Piala Dunia Ragbi di Perancis pada September dan Oktober depan.

Kontraknya bersama Bulls berkuat kuasa pada 1 Julai, namun pemain berusia 33 tahun itu hanya akan bersama kelabnya selepas Piala Dunia.

Ketua Eksekutif Bulls Edgar Rathbone berkata, "Willie adalah pemain bertaraf dunia dengan begitu banyak pengalaman.

"Kami percaya bahawa 'kekayaan' pengalamannya akan menambah lebih banyak kestabilan kepada barisan pertahanan kami. Kemahiran beliau akan mempunyai nilai yang sangat besar."

Sebelum ini, Pengarah ragbi Bulls, Jake White berkata bahawa mereka mesti menguatkan skuad mereka andai bercita-cita untuk menjulang trofi Eropah.

Bulls memenangi Super Rugby tiga kali dalam empat musim dari 2007 dan merupakan pasukan kedua paling berjaya dalam pertandingan domestik utama, Piala Currie, dengan 25 gelaran.-AFP


(Willie le Roux)

Media Baharu