fb fb fb fb fb

Ancelotti, Ketua Jurulatih Brazil untuk Copa America

(Carlo Ancelotti)

SAO PAULO, 5 Julai- Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti akan mengendali pasukan kebangsaan Brazil untuk kempen Copa America 2024.

Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) mengesahkan perkara tersebut pada Selasa.

Sebelum ini, CBF mengumumkan Fernandi Diniz dari Fluminense akan mengendalikan pasukan itu dalam tempoh sementara.

Ancelotti mempunyai baki semusim dalam kontraknya bersama Real dan akan mengambil alih Brazil tepat pada masanya untuk Copa America yang akan diadakan di Amerika Syarikat mulai Jun 2024.-AFP


(Carlo Ancelotti)

Media Baharu