fb fb fb fb fb

Roberto Firmino, senjata baharu Al-Ahli

(Foto Twitter Al-Ahli)

PARIS, 5 Julai- Penyerang Brazil, Roberto Firmino sah menyertai kelab Liga Arab Saudi, Al-Ahli selepas menandatangani kontrak pada Selasa.

Perjanjian kontrak selama tiga tahun itu membuka lembaran baharu buat dirinya selepas kontraknya tamat bersama kelab Liverpool pada 28 Mei lalu.

Pemain berusia 31 tahun itu meninggalkan Liverpool selepas lapan musim di Anfield.

Firmino merekodkan jaringan sebanyak 111 gol dalam 362 penampilan dan memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab.

Ketibaannya di Al-Ahli didedahkan oleh kelab itu dalam video yang disiarkan ke media sosial dan dibuat kurang seminggu selepas pasukan itu membuat perjanjian untuk menandatangani penjaga gol Senegal, Edouard Mendy dari Chelsea.

Liga Pro Saudi kini mula mencipta nama dengan membawa masuk nama-nama besar dari liga utama Eropah dengan menjanjikan tawaran lebih besar.

Terdahulu, bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard mengambil alih sebagai jurulatih di Al-Ettifaq awal minggu ini, manakala Karim Benzema dan N'Golo Kante juga telah berpindah ke negara Teluk itu sejak bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berhijrah ke Al-Nassr pada Januari sekali gus memulakan trend baharu bola sepak di Arab Saudi.- AFP


(Foto Twitter Al-Ahli)

Media Baharu