IPOH, 6 Julai - Karnival Sukan Perak (SUPER) yang terhenti pada 2011 akan disambung semula pada 14 hingga 16 Julai ini melibatkan lima venue.
Penganjurannya sebagai medium untuk pembentukan awal pasukan bagi persediaan menghadapi temasya SUKMA yang dijangka pada Ogos tahun depan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah berkata sebanyak enam jenis sukan akan dipertandingkan di lima venue iaitu badminton, hoki, olahraga; memanah, petanque, dan tenpin bowling.
"Bagi Karnival Sukan Perak akan datang, yang bakal diadakan pada 2025, kita sedang memikirkan kaedah dan pertambahan jenis sukan berdasarkan kemampuan kemudahan yang ada di Perak.
"Ini kerana kita akan gunakan kemudahan yang ada bagi dijadikan venue bagi SUPER akan datang", katanya selepas menjadi tetamu segmen Konti Sukan di Perakfm.
Penganjuran Super terhenti pada 2011 apabila Sukma mula dipertandingkan setiap tahun.
Pada tahun 2019, Super diadakan dalam bentuk karnival dan kali terakhir berlansung pada tahun 2021.
Seramai 1700 peserta termasuk pegawai dan urusetia akan terlibat sepanjang penganjuran SUPER 2023.
(Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah)