fb fb fb fb fb

Jawatankuasa RTG pertimbang Nurul Izzah Izzati dalam program 'Fast Track'

Jawatankuasa Road To Gold (RTG) akan mengadakan perbincangan mengenai pertimbangan kemasukan pelumba trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dalam program 'Fast Track' / Foto Bernama

SERDANG, 5 Mei - Jawatankuasa Road To Gold (RTG) akan mengadakan perbincangan mengenai pertimbangan kemasukan pelumba trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dalam program 'Fast Track'.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata ia selepas atlet berusia 21 tahun itu berjaya melayakan diri ke sukan Olimpik Paris 2024.

"Majlis Sukan Nenaga (MSN) telah berbicang tetapi saya belum diberikan lagi taklimat mengenai ini dan saya percaya ada ruang dalam RTG untuk membantu atlet seperti Nurul Izzah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Bina Badan Enrich 2024, di sini pada Sabtu.

Tambah Hannah, kehadiran Nurul Izzah menjadikan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN