fb fb fb fb fb

Jannik Sinner sahkan tempat ke suku akhir Masters Monte Carlo

ROQUEBRUNE-CAP-MARTIN, 15 April- Pemain muda Itali, Jannik Sinner mengesahkan tempat ke suku akhir Masters Monte Carlo selepas mengejutkan pilihan kelima dari Rusia, Andrey Rublev dalam pertarungan tiga set.

Tewas di set pembukaan, Sinner bangkit dengan rentak sebenar untuk mendominasi dua set seterusnya, sekali gus menang 5-7, 6-1 dan 6-3.

Dia yang diletakkan selaku pilihan ke-9, bakal berdepan laluan sukar di suku akhir apabila dijadual menentang pilihan kedua dari Jerman, Alexander Zverev.


(Pemain muda Itali, Jannik Sinner/AFP)

Sementara itu, satu lagi slot suku akhir menjadi milik Hubert Hurkacz dari Poland susulan kemenangan 7-6 dan 6-2 ke atas pemain Sepanyol, Albert Ramos-Vinolas.

Pilihan ke-11 itu akan berdepan pemain veteran Bulgaria, Grigor Dimitrov dalam perebutan ke separuh akhir.

Media Baharu