fb fb fb fb fb

Jaguh berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni dipantau

KUALA LUMPUR, 3 Mei - Satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi memantau dan membantu proses pemulihan jaguh berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang menjalani pembedahan jantung, bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli berkata, pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar dari ISN dan Institut Jantung Negara akan terus memantau perkembangan Datuk Azizulhasni sepanjang tempoh pemulihan.

Menurut Ahmad Faedzal, pasukan itu juga akan merangka satu program pemulihan berstruktur berdasarkan bukti menggunakan data-data penting.

Pihaknya akan sentiasa berkomunikasi dengan jaguh digelar The Pocket Rocketman itu menerusi sokongan perubatan sukan dan sains sukan daripada ISN.


(Jaguh berbasikal negara, selepas menjalani pembedahan jantung di Melbourne, Australia pada 21 Apri lalu. Foto/Fb Azizulhasni Awang)

Ahmad Faedzal turut memohon sokongan dan doa daripada semua pihak, selain diberi ruang untuk pulih sepenuhnya daripada pembedahan yang dijalani bagi tiga bulan pertama ini.

Terdahulu, Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 berkenaan telah menjalani pembedahan jantung terbuka bagi kondisi jantung jarang jumpa dikenali arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi yang janggal (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.

Penyakit berbahaya itu membawa risiko serangan jantung dan kematian mengejut jika tidak dirawat segera.



Media Baharu