fb fb fb fb fb

Iva Jovic rangkul kejuaraan Terbuka Guadalajara

Iva Jovic bersama trofi yang dimenanginya di Terbuka Guadalajara / REUTERS

MEXICO CITY, 15 September - Pemain muda Amerika Syarikat, Iva Jovic meraih gelaran sulung Jelajah WTA selepas menewaskan wakil Colombia, Emiliana Arango 6-4, 6-1 pada akhir Terbuka Guadalajara, pada Ahad.

Kejayaan itu menjadikan Jovic, 17, sebagai juara termuda musim ini, menyingkirkan rekod Mirra Andreeva, pemain nombor lima dunia, dengan beza usia hanya 16 hari.

Kemenangan di kejohanan gelanggang keras kategori WTA 500 itu juga melonjakkan kedudukan Jovic ke dalam kelompok 50 terbaik dunia buat kali pertama dalam kemas kini ranking, Isnin.

Bagi Arango, 24, ia merupakan kali kedua dia muncul naib juara di gelanggang keras Mexico musim ini, selepas tunduk kepada Emma Navarro pada perlawanan akhir Terbuka Merida, Mac lalu. Arango masih memburu gelaran pertama WTA sepanjang kariernya.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE