fb fb fb fb fb

Isu surat layang FAM, diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut

Foto FB FAM

KELANA JAYA, 30 Mei- Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu surat layang dapat diselesaikan segera.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat memaklumkan bahawa siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa membabitkan badan induk itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Beliau turut menyatakan ia bagi memulihkan kredibiliti badan induk bola sepak negara.

"Akhir sekali bagi Jawatankuasa Intergriti FAM, saya berharap surat layang ini dapat diselesaikan segera bagi membolehkan segala kredibiliti persatuan sekali gus dapat mengembalikan keyakinan semua pemegang taruh FAM sebagai badan induk bola sepak negara kita," kata Tan Sri Dr. Aseh kepada pemberita selepas seminar Integriti FAM di Wisma FAM, pada Rabu.

Menurutnya, siasatan dijalankan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia membabitkan dakwaan salah guna kuasa dalam proses tender Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya bernilai RM25 juta dan isu penyalahgunaan wang penganjuran Kongres FAM ke-60.

Beliau memaklumkan polis juga telah memanggil kakitangan dan bekas pegawai FAM sejak beberapa minggu lalu untuk membantu siasatan berhubung isu berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM