fb fb fb fb fb

Cavani umum persaraan antarabangsa

Bekas Penyerang Uruguay, Edinson Cavani/Foto REUTERS

MONTEVIDEO, 30 Mei - Penyerang Uruguay, Edinson Cavani mengumumkan menamatkan karier antarabangsanya pada usia 37 tahun pada Khamis.

Dikenali sebagai "El Matador", Cavani merupakan penjaring kedua terbanyak Uruguay dan merupakan pemain ketiga terbanyak membuat penampilan bersama skuad kebangsaan dengan 58 gol dalam 136 penampilan.

Cavani dalam satu kenyataan di media sosialnya berkata dia sangat berbangga dapat mewakili skuad Uruguay dan akan terus mengikuti perkembangan skuad berkenaan di masa akan datang.

"Saya sentiasa berbangga kerana menyarung jersi yang paling saya sayangi di dunia iaitu Uruguay.

"Hari ini saya secara rasminya bersara , namun saya akan tetap mengikuti perkembangan pasukan sepenuhnya, sama seperti ketika saya mewakili skuad Celeste", ujar Cavani.

Cavani membuat penampilan pertama buat Uruguay pada 2008 dan mewakili negara berkenaan pada empat edisi Piala Dunia.

Antara pencapaian terbaiknya adalah membantu skuad 'Celeste' mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010 dan dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Selain itu, Cavani turut membantu Uruguay menjuarai Piala Copa Amerika pada 2011.

Bekas pemain kelab Napoli, Paris Saint germain (PSG) dan Manchester United itu kini bermain untuk kelab Argentina, Boca Juniors.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD