fb fb fb fb fb

FA Inggeris belanja hampir RM30 juta, untuk aksi akhir Liga Juara-Juara Ahad ini

Foto AFP

LONDON, 30 Mei- Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris sudah membelanjakan RM29.9 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan di Wembley menjelang pentas akhir Liga Juara-Juara hujung minggu ini.

Ia bagi mengelak ulangan insiden keganasan yang mencemari aksi akhir Euro 2020.

Kelab Jerman, Borussia Dortmund dan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid akan bertemu pada final di Wembley, awal pagi Ahad ini.

Pengarah kejohanan dan acara FA, Chris Bryant berkata, pihaknya akan melakukan sebaik mungkin untuk memastikan penyokong tiba dengan lancar dan mengharungi pengalaman menarik ketika mereka datang ke stadium.

Menurutnya, perlawanan pada Ahad itu juga akan menyaksikan pembabitan paling besar pengawal keselamatan dalam sejarah Stadium Wembley.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM