fb fb fb fb fb

Kekejaman zionis, Eric Cantona pertikai sikap dunia terhadap Israel

Foto IG Eric Cantona

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Legenda bola sepak Manchester United, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu mempersoalkan negara yang masih mempertahankan penjenayah berkenaan dan tidak menggelarkan tindakan zionis sebagai genosid.

Dalam hantaran di Instagram, Cantona turut bertanya sama ada masih ada yang tidak akan menitiskan air mata menghadapi kekejaman yang dilakukan zionis.

Tulisnya lagi, "Bom gugur seperti air mata... Bebaskan Palestin".

Cantona yang terkenal menyokong Palestin, memiliki rekod permainan terbanyak untuk Manchester United pada 1992-1997.

Dia bersara dari bola sepak pada 1997 ketika berusia 30 tahun.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM