KUALA LUMPUR, 29 Mei- Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia membuat keputusan menarik diri saat akhir dari menyertai saingan Badminton Terbuka Singapura 2024 akibat kecederaan 'hamstring'.
Kecederaan yang dialaminya itu selepas menyertai dua kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Thailand 2024 dan Masters Malaysia 2024.
Dalam satu kenyataan dilaman X 'TeamLZJ' memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat perubatan, selain memberi tumpuan kepada proses rehabilitasi.
Keptusan itu menyaksikan juara bertahan, Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia yang dijadual menentang Zii Jia pada pusingan pertama hari ini diberikan kemenangan percuma.
Ginting akan bertemu seorang lagi perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao, di pusingan kedua esok.
Sementara itu, pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie bakal berdepan ujian besar di pusingan kedua esok.
Mereka dijadualkan bertemu pasangan nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.
Beregu negara mara ke pusingan kedua dengan menewaskan pasangan dari India, Sumeeth Reddy-Sikki Reddy di Stadium Tertutup Singapura.
Sebagai rekod, sejak digandingkan pada 2016, Soon Huat-Shevon secara keseluruhannya sudah memenangi lima gelaran termasuk Terbuka Scotland, Terbuka Jerman dan Terbuka Singapura.