fb fb fb fb fb

Islam Makhachev juara 'lightweight' MMA baharu

(FOTO AFP)

ABU DHABI, 23 Oktober- Islam Makhachev muncul juara baharu selepas menewaskan raja lightweight, Charles Oliveira menerusi 'submission' pusingan kedua di UFC 280.

Hanya memerlukan dua pusingan perlawanan, Islam bertindak cemerlang melepaskan tumbukan tepat ke arah lawannya dari Brazil itu sehingga menyebabkan Oliveira tumbang.

Pertarungan di gelanggang kemudian terarah kepada serangan Islam yang menggunakan teknik kuncian sekali gus memaksa Oliveira melakukan 'tap' (menyerah kalah) pada minit ke-3 pertarungan pusingan kedua itu.

“Saya telah berlatih sangat keras untuk saat ini.

"Sepanjang hidup saya, (sejak) ketika saya masih kecil saya sudah bersedia untuk saat itu," kata Makhachev yang berusia 31 tahun itu.

Islam yang mempunyai karier 22-1, dibimbing oleh rakan senegara dari Rusia, Khabib Nurmagomedov yang sudah bersara dengan rekod 29-0.

Islam menyerahkan tali pinggang kepada rakannya itu, sambil menghargai arwah bapa Khabib, Abdulmanap, jurulatih yang membimbing mereka sebelum meninggal dunia pada tahun 2020.

"Beberapa tahun lalu dia memberitahu saya 'Anda akan menjadi juara'," kata Islam.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu