fb fb fb fb fb

Bagnaia tidak terdesak rangkul kejuaraan dunia di Sepang

(FOTO AFP)

SEPANG, 23 Oktober- Perlumbaan MotoGP Grand Prix Petronas Malaysia 2022.

Pelumba pasukan Lenovo Ducati, Francesco Bagnaia tidak terdesak untuk merangkul kejuaraan dunia musim ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Sebaliknya, pelumba tersebut berazam mahu memberikan persembahan terbaiknya biarpun terpaksa memulakan perlumbaan di petak kesembilan selepas terjatuh ketika sesi kelayakan.

Menurutnya, dia gembira jika dapat merapatkan jurang pungutan mata dengan pencabarnya pada aksi hari ini.

Secara matematiknya, Bagnaia boleh merangkul gelaran juara dunia di Litar Antarabangsa Sepang sekiranya dia meraih kemenangan manakala pencabarnya Fabio Quartararo daripada pasukan Monster Energy Yamaha menduduki tempat keempat atau lebih rendah.

Pelumba Itali itu akan memulakan saingan di barisan ketiga selepas menduduki petak kesembilan manakala pelumba Sepanyol, Jorgen Martin meraih petak utama dengan memecahkan rekod litar terpantas sepusingan 1 minit 57.790 saat.

Bagnaia ketika ini mendahului carta pelumba MotoGP dengan 233 mata manakala Quartararo hanya dipisahkan 14 mata di tangga kedua diikuti pelumba Sepanyol, Alex Espargaro daripada pasukan Aprilia Racing dengan 206 mata.


(FOTO AFP)

Media Baharu