fb fb fb fb fb

Iran rampas kejuaraan Piala Asia Hoki Dalam Dewan daripada Malaysia

Pasukan Malaysia dan Iran meraikan kejayaan layak ke Piala Dunia / FOTO MHC

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Hasrat untuk skuad hoki dalam dewan lelaki kebangsaan mempertahankan kejuaraan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 tidak kesampaian selepas dibelasah Iran 1-7 pada perlawanan akhir semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Taldykorgan, Kazakhstan, juara lapan kali Iran dilihat berada pada kelas tersendiri apabila membolosi gawang skuad negara menerusi Mirzakhani Amirmahdi (minit kedua, 34), Payam Lashgari (23), Hamid Nooranian (keenam, 36) dan Sajjad Mamizadeh (10).

Malaysia hanya memperoleh satu jaringan dihasilkan menerusi Mohd Firdaus Omar pada minit ke-10.

Keputusan itu menyaksikan Iran merampas semula kejuaraan piala berprestij itu buat kali kesembilan daripada 10 edisi selepas tahun 2022 menjadi milik Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan Malaysia dan Iran telah menempah slot ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia pada 3 hingga 9 Februari tahun depan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE