fb fb fb fb fb

India rancang bida hak penganjuran Sukan Olimpik 2036

(Anurag Thakur/Foto Fail AFP)

NEW DELHI, 29 Disember- India merancang untuk membida penganjuran Sukan Olimpik musim 2036.

Menurut Menteri Sukan, Anurag Thakur pihaknya akan melobi hak penganjuran pada mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, tahun depan.

(Jika bidaan berjaya, India akan menjadi negara Asia keempat sebagai
tuan rumah temasya itu selepas Jepun, Korea Selatan dan China/Foto Fail REUTERS)

Jelas beliau, ketika ini kerajaan bawah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi sedang berusaha untuk menjadikan India sebagai kuasa sukan global.

Dana besar juga diperuntuk bagi membangunkan infrastruktur domestik dengan Ahmedabad akan dinamakan sebagai tuan rumah.

"Jika India meletakkan begitu banyak usaha untuk mempromosikan sukan, saya boleh memberi jaminan bahawa kami bukan sahaja akan menganjurkan Sukan Olimpik, kami akan menganjurkannya dengan cara yang besar," kata Thakur dalam satu temu bual dengan akhbar Times of India yang diterbitkan pada Rabu.

Jika bidaan itu berjaya, India akan menjadi negara Asia keempat sebagai tuan rumah temasya itu selepas Jepun, Korea Selatan dan China.-AFP

Media Baharu