fb fb fb fb fb

Liverpool sahkan Gakpo milik mereka

(Foto Twitter @LFC)

UNITED KINGDOM, 29 Disember- Liverpool secara rasmi mengesahkan bahawa penyerang Belanda, Cody Gakpo menyertai kelab itu, pada Rabu.

Gakpo menjaringkan tiga gol pada Piala Dunia untuk Belanda sebelum ini dikaitkan perpindahan untuk menyertai pesaing Liverpool iaitu Manchester United.

"Liverpool telah mencapai persetujuan untuk pemindahan Gakpo dari PSV Eindhoven, tertakluk kepada permit kerja," kata Liverpool dalam satu kenyataan.

Liverpool memaklumkan akan membayar yuran permulaan sebanyak £37 juta (RM197 juta) dengan Gakpo menandatangani kontrak sehingga 2028.

Sementara bagi Gakpo, Liverpool adalah kelab hebat untuk dia sertai dengan dengan barisan pemain yang berpengalaman dan terkemuka.

“Saya fikir ini adalah kelab yang hebat untuk saya sertai. Saya akan pamerkan kemampuan saya dan cuba membantu pasukan mencapai lebih banyak detik indah yang telah mereka lakukan dalam beberapa tahun lalu.

"Secara peribadi, Liverpool adalah kelab yang terbaik untuk saya berkembang dengan barisan pemain yang hebat di sini, saya akan pelajari banyak perkara," kata Gakpo kepada laman web Liverpool.

Ketibaan penyerang berusia 23 tahun itu adalah usaha untuk memantapkan lagi barisan hadapan Liverpool selepas pembelian Luis Diaz dan Darwin Nunez musim ini. -AFP

(Foto Twitter @LFC)

Media Baharu