fb fb fb fb fb

Hoki Terengganu yakin juarai Liga Hoki Malaysia 2022



KUALA LUMPUR, 17 Februari- Pasukan Hoki Terengganu (THT) berazam untuk merampas gelaran juara pada Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022 yang akan membuka tirainya esok.

Jurulatihnya,Roslan Jamaluddin berkata, anak buahnya sudah bersedia untuk berdepan TNB dalam perebutan trofi pertama musim ini iaitu Piala Sumbangsih.
UPSOUND

"Kami bermula dengan Piala Sumbang Sumbangsih kemudian akan lihat prestasi pasukan dalam liga. Kalau boleh kami ingin konsisten dengan kemenangan 10 perlawanan," jelasnya selepas majlis perasmian jersi baharu THT bagi musim 2022 di ibu negara.

Dalam program berkenaan juga THT turut memperkenalkan penaja dan pemainnya semperna TNB liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2022.

Musim lalu, THT muncul naib juara di belakang UniKL yang tidak menyertai saingan musim ini.

Kali ini mereka bakal diperkuatkan lagi dengan kehadiran 2 pemain kebangsaan, Muhammad Marhan Mohd Jalil dan Mohamad Sukri Abdul Mutalib.

Media Baharu