INDIA, 7 September- Skuad hoki negara menamatkan kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga selepas menewaskan China 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Hoki Bihar, India, hari ini.
Penyerang negara, Norsyafiq Sumantri meletakkan Speedy Tigers di hadapan seawal minit kelapan menerusi pukulan sudut penalti.
Dua gol Malaysia diperoleh hasil jaringan Mohamad Akhimullah Anuar Esook, masing-masing pada minit ke-36 dan ke-50.
China cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan hasil jaringan Gao Jiesheng pada minit ke-54 namun lima minit kemudian Syed Syafiq Syed Cholan menjaringkan gol keempat seminit sebelum tamat permainan.
Kejayaan itu memastikan Malaysia pulang dengan podium, sekali gus menebus kekecewaan selepas terkandas daripada saingan ke perlawanan akhir.
