fb fb fb fb fb

Hoki: Jepun juara Piala Sultan Azlan Shah ke-30

Tuanku Zara Salim (depan kiri) berkenan berangkat menyaksikan perlawanan dan menyampaikan hadiah kepada pasukan Jepun

IPOH, 11 Mei- Jepun muncul juara Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 selepas menewaskan Pakistan 4-1 menerusi penentuan pukulan penalti di Stadium Hoki Azlan Shah di sini hari ini.

Jepun terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-12 menerusi pukulan padang, Seren Tanaka.

Tersentak dengan jaringan itu anak buah Roelant Oltmans bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Ahmad Ajaz pada minit ke-34.

Abdul Rahman pula menjaringkan gol kedua Pakistan selang tiga minit kemudian.

Tanpa mengenal erti putus asa, skuad Samurai terus melakukan serangan bertali arus untuk menambah jaringan.

Hasilnya pada minit ke-47 Jepun sekali lagi berjaya mengikat pihak lawan menerusi pukulan padang Matsumoto Kazumasa untuk kedudukan dua sama.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan perlawanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

ARTIKEL BERKAITAN
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menduduki tempat keempat

SITI AISHAH MD ISA