fb fb fb fb fb

Hojbjerg sertai Marseille secara pinjaman

Pemain tengah Tottenham Hotspur, Pierre-Emile Hojbjerg sertai Marseille sebagai pemain pinjaman/Foto REUTERS

MARSEILLE, 23 Julai- Pemain tengah Tottenham Hotspur, Pierre-Emile Hojbjerg dilaporkan menyertai Olympique de Marseille secara pinjaman dengan pilihan pembelian, kata kedua-dua kelab pada Isnin.

Kedua-dua kelab bagaimanapun tidak mendedahkan butiran perjanjian. Media Inggeris melaporkan Marseille telah bersetuju untuk membayar sekitar 16 juta Pounds atau AS$21 juta untuk mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu yang mempunyai kontrak berbaki setahun bersama Tottenham Hotspur.

Pemain Antarabangsa Denmark telah membuat 184 penampilan dan menjaringkan 10 gol untuk kelab utara London itu.

Dia menyertai Spurs pada 2020 selepas empat tahun yang buruk bersama Southampton.

Hojbjerg gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas pengurus baharu, Ange Postecoglou dilihat cenderung menggunakan khidmat Pape Matar Sarr, Yves Bissouma dan Rodrigo Bentancur di bahagian tengah.

Marseille yang meletakkan sasaran bagi memenangi Liga Perancis musim depan telah melantik bekas pengurus Brighton & Hove Albion Roberto De Zerbi sebagai ketua jurulatih bulan dan bakal memulakan kempen di Brest pada 18 Ogos.

Marseille turut menandatangani bekas penyerang Manchester United, Mason Greenwood bagi memperkuatkan pasukan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD