fb fb fb fb fb

Javier Aguirre dinamakan pengurus baharu Mexico

Javier Aguirre diumumkan sebagai pengurus baharu Mexico/Foto REUTERS

MEXICO CITY, 23 Julai-Jurulatih veteran, Javier Aguirre diumumkan sebagai pengurus baharu Mexico dalam usaha menghidupkan semula peluang pasukan berkenaan bagi mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2026.

Aguirre bakal menggantikan Jaime Lozano yang sebelum ini menolak cadangan Persatuan Bola Sepak Mexico untuk menjadi penolong jurulatih selama dua tahun sebelum kembali mengambil alih pengurusan pasukan selepas tamat Piala Dunia 2026.

"Kami berbesar hati mengumumkan kedatangan Javier 'El Vasco Aguirre selaku Pengarah Teknikal pasukan kebangsaan", kata pegawai Persatuan Bola sepak Mexico, Duilio Davino menerusi video yang diterbikan di media sosial.

Bekas legenda Mexico, Rafael Marquez dijangka menjadi pembantu kepada Aguirre dalam usaha menambah peluang negara itu layak ke Piala Dunia 2026 yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat dan Kanada.

Aguirre 65 tahun mengemudi Mexico pada Piala Dunia 2002 dan 2010 menyaksikan Mexico mara ke pusingan kedua pada kejohanan tersebut.

Dia turut melatih pasukan kebangsaan Jepun dan Mesir selain beberapa kelab La Liga seperti Atletico Madrid, Espanyol dan Real Mallorca.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD