fb fb fb fb fb

Kejohanan Amatur Remaja AS: Charlie Woods catat 12 atas par

Charlie Woods / AFP

WASHINGTON, 23 Julai- Charlie Woods, 15 tahun, anak lelaki kepada juara major 15 kali Tiger Woods meledak 12 atas par 82 pada pusingan pembukaan Kejohanan Golf Amatur Remaja AS pada Isnin.

Tiger Woods turut dilihat berada di sisi lapangan mengiringi anaknya di Charlie di Oakland Hills Country Club di pinggir bandar Detroit.

Bagaimanapun, peraturan kejohanan menghalangnya daripada berkhidmat sebagai kedi kepada anaknya.

Charlie Woods melakukan birdie pada kedua-dua lubang par-5 tetapi turut membuat empat bogey dan lima double bogey di North Course dan akan bermain South Course pada petang Selasa.

Woods berada di kedudukan tercorot dalam senarai 264 pemain. Pemenang perlawanan akhir 36 lubang pada Sabtu akan merebut tempat di Terbuka AS 2025 di Oakmont.

Tiger Woods memenangi Amatur Muda AS pada 1991, 1992 dan 1993. Satu-satunya pemain lain yang memenangi mahkota lebih daripada sekali ialah Jordan Spieth pada 2009 dan 2011.

Tiger dan anaknya telah berganding bahu di Kejohanan PNC sejak empat tahun lalu, menamatkan saingan sebagai naib juara dalam acara ibu bapa dan anak pada 2021.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE