fb fb fb fb fb

Hatrik Mbappe lonjak PSG ke persada liga Perancis

FOTO AFP

PARIS, 12 November-Jaringan hatrik penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe berjaya melonjakkan PSG ke persada liga selepas meneng 3-0 menentang Reims pada Sabtu.

Beraksi sebagai pelawat, Paris Saint Germain (PSG) tidak perlu menunggu lama bagi menjaringkan gol pembukaan hasi jaringan Kylian Mbappe pada minit ke-3.

Tersentak dengan gol berkenaan, Reims menggandakan asakan dan berjaya menembusi gawang PSG menerusi jaringan Junya Ito pada minit ke-7 permainan, namun gol tersebut dibatalkan akibat 'offside'.

Separuh masa pertama berakhir 1-0.

Memasuki babak kedua, Mbappe sekali lagi membuktikan ketajamannya dengan gol kedua peribadi pada minit ke-59 buat PSG selesa di hadapan.

Mbappe terus membuktikan bisanya menerusi rembatan kencang jarak dekat bagi memberikan gol ketiga buat PSG dan hatrik buat penyerang berkenaan.

Kemenangan itu meletakkan PSG di puncak liga dengan 27 mata satu mata mengatasi Nice yang seri ketika berdepan Montpellier pada Jumaat.

Sementara itu, Pengurus PSG, Luis Enrique percaya penyerang Perancis itu mampu beraksi dengan lebih baik pada perlawanan mendatang.

"Mbappe merupakan penyerang terbaik yang mampu menjaringkan gol.

"Namun, saya fikir, masih banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki dan kami perlu bekerja keras", kata Enrique.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD