KUALA LUMPUR, 12 November- Terengganu FC II (TFC II) muncul juara edisi sulung saingan Piala Malaysian Football League (MFL) selepas menumpaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 1-0 pada aksi akhir malam semalam.
Pertembungan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras menyaksikan tiada jaringan terhasil pada babak pertama walaupun kedua-dua pasukan memiliki beberapa peluang untuk membuka jaringan.
Bersambung babak berikutnya, ketumpulan penyudah terus menjadi penghalang TFC II dan JDT II meledak gol sehinggalah permainan memasuki minit ke-87.
Kealpaan benteng pertahanan JDT II dihukum Muhd Isa Raman untuk mudah menolak masuk bola sekali gus mengesahkan gelaran sulung menjadi milik TFC II.