SAN DIEGO, 12 November- Pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat, Megan Rapinoe, terlepas aksi terakhir kariernya apabila terpaksa dikeluarkan kurang tiga minit tiga minit sebelum perlawanan Akhir Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan selepas mengalami kecederaan buku lali.
Bintang OL Reign yang kecewa itu dibawa keluar daripada padang dan digantikan oleh Bethany Balcer sambil diiringi tepukan gemuruh peminat.
Pemain Amerika berusia 38 tahun itu sebelum ini memaklumkan perlawanan berkenaan adalah 'benar-benar yang terakhir,' dalam kerjayanya.
Rapinoe membantu Amerika Syarikat menjulang gelaran Piala Dunia pada 2015 dan 2019 dan emas di Sukan Olimpik London 2012.
Rapinoe mengumumkan 2023 akan menjadi musim terakhirnya.
Pemain Terbaik Wanita FIFA 2019 itu menamatkan kerjaya pasukan kebangsaannya yang epik dengan 63 gol, memperoleh 203 caps selama lebih 17 tahun dan bermain perlawanan antarabangsa terakhirnya pada bulan September.-AFP